Home Nasional Premis perniagaan terbakar, empat sekeluarga nyaris maut
Nasional

Premis perniagaan terbakar, empat sekeluarga nyaris maut

Premis perniagaan terbakar, empat sekeluarga nyaris maut

Empat sekeluarga, termasuk pasangan warga emas yang juga pengusaha kedai pemborong makanan ringan dan barangan keperluan, nyaris maut apabila premis perniagaan mereka di Jalan Hiliran, Kuala Terengganu, terbakar / Foto RTM

KUALA TERENGGANU, 17 Oktober – Empat sekeluarga, termasuk pasangan warga emas yang juga pengusaha kedai pemborong makanan ringan dan barangan keperluan, nyaris maut apabila premis perniagaan mereka di Jalan Hiliran, di sini, terbakar pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 7.06 pagi, Khoo Yok Min, 80 dan isterinya, Cho Yu Liang, 80, yang berada di tingkat tiga bangunan empat tingkat itu, segera keluar selepas melihat asap di dalam premis.

Kebakaran dipercayai bermula dari tingkat bawah kedai yang diusahakan pasangan tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata operasi pemadaman melibatkan 50 anggota dari Balai Bomba Kuala Terengganu, Jalan Kota dan Marang dengan bantuan enam jentera.

\”Terdapat banyak stok bahan mudah terbakar seperti makanan ringan dan bahan letupan seperti Ridsect, yang menyukarkan pasukan bomba masuk ke dalam bangunan. Selepas memotong papan tanda kedai dan grill, barulah bomba dapat masuk,\” katanya.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....