Home Nasional PPTGWPL roboh 72 buah rumah setinggan dekat Kg Gersik Saguking
Nasional

PPTGWPL roboh 72 buah rumah setinggan dekat Kg Gersik Saguking

PPTGWPL roboh 72 buah rumah setinggan dekat Kg Gersik Saguking

Kerja-kerja perobohan turut menggunakan jentera berat

LABUAN, 27 Julai- Sebanyak 72 buah rumah setinggan didiami kira-kira 400 penghuni diroboh dalam Ops Roboh Fasa 2, oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PPTGWPL) di Labuan.

Operasi tersebutselaras Seksyen 425 Kanun Tanah Negara;berhampiran Kg Gersik Saguking, atas rizab sungai dan rizab jalan milik Kerajaan.

Operasi melibatkan tanah berkeluasan empat ekar dengan kerjasama PDRM, KKM, Majlis Keselamatan Negara, Angkatan Pertahanan (APM) dan Perbadanan Labuan.

\”Kita sedang pantau tanah-tanah kerajaan yang masih diceroboh dan mungkin ada fasa-fasa seterusnya. Tidak mustahil sama ada pada hujung tahun atau awal tahun hadapan kita akan laksanakan.

\”Kita tidak memikirkan sama ada mereka warganegara ataupun orang asing, kita akan buat perobohan sebab ini adalah pencerobohan tanah kerajaan,\”kata Abd Basit Abdul Latif, TImbalan Pengarah PPTGWPL.

PPTGWPL terdahulu menjelaskan, kawasan tersebut didapati menjadi punca kepada beberapa masalah seperti sosial dan jenayah, selain isu kebersihan dan kesihatan yang memangkin penularan penyakit berjangkit dan wabak denggi.

Kesalahan pembinaan atau pendudukan sebarang struktur di tanah kerajaan secara tidak sah atau haram boleh didenda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun jika sabit kesalahan.

Operasi Fasa 1 berakhir Ogos tahun lalu, melibatkan hampir 40 rumah di luar kawasan penempatan Skim Perumahan Masyarakat Pelarian (SPMP) Muslim.

Related Articles

Pemerkasaan bumiputera, tingkat mobiliti sosial
Nasional

Pemerkasaan bumiputera, tingkat mobiliti sosial

Datuk Seri Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 15 Mac- Kerajaan terus memberi fokus terhadap...

KDN lulus 19,627 permit masuk sejak 2015
Nasional

KDN lulus 19,627 permit masuk sejak 2015

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution IsmailKULIM, 15 Mac – Kementerian...

Manfaatkan pakar tempatan, elak kebergantungan pakar luar
Nasional

Manfaatkan pakar tempatan, elak kebergantungan pakar luar

Profesor Dr. Zafir Khan Mohamed MakhbulKUALA LUMPUR, 15 Mac- Organisasi dalam negara...

Program repatriasi migran dalam proses dilanjut
Nasional

Program repatriasi migran dalam proses dilanjut

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution IsmailKULIM, 15 Mac – Jabatan...