Home Nasional PPS mula dibuka di Kelantan dan Terengganu petang ini
Nasional

PPS mula dibuka di Kelantan dan Terengganu petang ini

PPS mula dibuka di Kelantan dan Terengganu petang ini

FOTO APM KELANTAN

KUALA LUMPUR, 29 Disember- Kelantan dan Terengganu telah mula membuka pusat pemindahan sementara (PPS) petang ini susulan beberapa kawasan dilanda banjir berikutanhujan lebat sejak malam tadi

Di KELANTAN sebanyak lima PPS dibuka di Tahan Merah melibatkan 96 orang daripada 29 keluarga.

Berdasarkan Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 28 orang daripada lapan keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK)Gual Jedok, manakala 25 lagi daripada tujuh keluarga berlindung di SK Bendang Nyior.

Selain itu, 17 orang daripada lima keluarga ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tan Sri Mohamad Yaakob, diikuti 13 orang (enam keluarga) di SK Lawang dan 13 orang (tiga keluarga) di SK Kelewek.

Di TERENGGANUsebanyak empat PPS dibuka di Hulu Terengganu membabitkan 112 orang daripada 37 keluarga.

Paling ramai direkodkan di PPS Balairaya Kg Kemat iaitu 38 orang (12 keluarga) diikuti Masjid Kampung Peneh 35 orang (14 kelurga) dan PPS Balairaya Kg Lubuk Periuk 20 orang (lima keluarga) manakala PPS Kg Cheting mencatatkan 19 orang daripada enam keluarga, menurut Info BencanaJKM.

Jabatan Meteorologi (METMalaysia) hari ini melaporkan hujan lebat berterusan dijangka melanda seluruh Terengganu hingga esok selain di Kuantan, Pahang serta beberapa daerah di Kelantan seperti Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

METMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Kelantantermasuk Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Gua Musang serta di Jerantut, Maran, Pekan dan Rompin di Pahangdan Mersing di Johor.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....