Home Nasional PPS dibuka, tempatkan 200 mangsa kebakaran di Tawau
Nasional

PPS dibuka, tempatkan 200 mangsa kebakaran di Tawau

PPS dibuka, tempatkan 200 mangsa kebakaran di Tawau

Beberapa mangsa kebakaran memilih pakaian terpakai yang disumbangkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) ketika tinjauan di Kampung Jati/Foto BERNAMA

TAWAU, 27 Oktober – Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Batu 8 di sini malam ini bagi menempatkan kira-kira 200 mangsaselepas 38 buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Jati, Batu 5, Jalan Apas, di sini tengah malam tadi.

Anggota Dewan Undangan Negeri Balung Datuk Hamild Awang berkata PPS itu diaktifkan bagi menempatkan mangsa daripada 48 keluarga terjejas akibat kejadian berkenaan.

Beliau berkata mangsa yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat setakat ini terdiri daripada 100 lelaki termasuk sembilan bayi lelakimanakala 100 lagi merupakan mangsa wanita.

\”Terdapat 178 mangsa warganegara manakala 22 mangsa lagi bukan warganegara,\” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.55 tengah malam tadidan 38 rumah musnah terbakar serta seorang kanak-kanak lelaki berumur lima tahun ditemukanrentung di dalam rumah.

Katanyapihak bomba turut berjaya menyelamatkan kira-kira 68 rumah berhampiran sebelum operasi ditamatkan pada pukul 5.59 pagi tadi. – BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....