Home Nasional PPKB: Sembilan lokasi rintis dikenal pasti
Nasional

PPKB: Sembilan lokasi rintis dikenal pasti

PPKB: Sembilan lokasi rintis dikenal pasti

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 6 November – Kerajaan telah mengenal pasti sembilan lokasi sebagai perintis Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) bagi menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada mangsa bencana di beberapa negeri termasuk Kelantan, Johor, Pahang, Terengganu, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Sarawak, dan Sabah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata pusat tersebut akan merangkumi dewan penempatan sementara serta kemudahan lain bagi mangsa dan petugas.

“Pusat-pusat pemindahan kekal ini telah kita mulakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, pihak berkuasa negeri, dan juga Jawatankuasa Bencana Daerah.

\”Sebanyak RM600 juta telah diperuntukkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan peruntukan ini boleh ditambah jika diperlukan,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 di Dewan Rakyat, di sini.

Tambah Ahmad Zahid, sekiranya projek rintis itu berjaya, kerajaan bercadang memperluaskan pembinaan PPKB ke seluruh negeri dan daerah berdasarkan zon bencana aktif dalam tempoh lima tahun terakhir serta keutamaan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri (JPBN).

Di Terengganu, PPKB yang kini dalam pelaksanaan ialah di SK Banggol Paradong, Kuala Terengganu, dengan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

Projek itu telah dibuka untuk tender pada 15 Oktober dan akan ditutup pada 11 November 2024.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid turut menyatakan bahawa trend aliran migrasi dari luar bandar kini menunjukkan penurunan.

Statistik Jabatan Perangkaan 2022 menunjukkan penurunan sebanyak 3.2 peratus pada 2020 kepada 2.4 peratus pada 2022.

Menurutnya, melalui Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) 2030 dan Pelan Strategik KKDW 2021, kerajaan telah memberi fokus kepada pembangunan infrastruktur asas dan kemudahan sosial di luar bandar, bagi memastikan akses yang setanding dengan kawasan bandar.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....