Home Nasional Potongan tol 50 peratus, keputusan bijak dalam pengurusan fiskal defisit negara
Nasional

Potongan tol 50 peratus, keputusan bijak dalam pengurusan fiskal defisit negara

Potongan tol 50 peratus, keputusan bijak dalam pengurusan fiskal defisit negara

Foto BERNAMA

KUALA LUMPR, 26 Januari– Potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena perayaan Tahun Baharu Cina adalah keputusan bijak dalam pengurusan fiskal defisit negara.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Mustazar Mansur berkata keputusan itu mampu merangsang aktiviti ekonomi di kawasan luar bandar.

\”Dengan adanya diskaun ini, mereka akan mempunyai pendapatan lebihan sedikit. Mereka boleh merancang dari segi perbelanjaan makanan, perjalanan dan juga mungkin mereka akan berbelanja di kampung halaman mereka dan ini sedikit sebanyak boleh menjana ekonomi di kawasan luar bandar ataupun di kampung mereka dan juga mereka akan gandakan dari segi aktiviti ekonomi dan sebagainya\”, katanya kepada RTM.

Tambah beliau, pemberian diskaun ini juga dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu puncak.

Pada 24 Januari lalu, Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet bersetuju untuk memberikan diskaun tol sebanyak 50 peratus selama dua hari daripada kadar tol biasa sempenaperayaan Tahun Baharu Cina 2025 yang akan disambut pada 29 dan 30 Januari ini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....