Home Nasional Polis Terengganu kenal pasti 21 lokasi 'blackspot' ketika TBC
Nasional

Polis Terengganu kenal pasti 21 lokasi 'blackspot' ketika TBC

Polis Terengganu kenal pasti 21 lokasi 'blackspot' ketika TBC

Foto RTM

KUALA TERENGGANU, 26 Januari- Sebanyak 21 lokasi blackspot atau kawasan kerap berlaku kemalangan dikenal pasti Polis Kontinjen Terengganuketika musim perayaan Tahun Baharu Cina (TBC).

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata daripada jumlah itu lima lokasi di daerah Besut.

\”Marang empat lokasi, Hulu Terengganu (tiga), Kemaman (dua), Dungun (dua),Kuala Terengganu (dua), Setiu (dua) dan Kuala Nerus (satu),\” katanya pada pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Tahun Baharu Cina 2025 Peringkat Negeri Terengganu di sini.

Tambahnya, pihak polis juga mengenal pasti 34 lokasi yang kerap berlaku kesesakan disebabkan pertambahan kenderaan keluar masuk ketika musim perayaan.

Dalam pada itu, Mohd Khairi berkata lebih 400 pegawai dan anggota akan bertugas melakukan rondaan serta ditempatkan secara statik diblackspot berkenaan sempena Op Selamat 23 yang bermula Selasa ini.

\”Kita mengharapkan untuk Op 23 (Op Selamat 23) ini akan berlaku penurunan pengurangan daripada segi kemalangan,\” katanya lagi.

Sementara itu, Mohd Khairi berkata jumlah saman yang dikeluarkan sepanjang Op Selamat 21 meningkat lebih 98 peratus, iaitu 13,405 berbanding 8,874 sepanjang Op Selamat 19.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....