Home Nasional Polis siasat pertengkaran libatkan pegawai MB Kedah
Nasional

Polis siasat pertengkaran libatkan pegawai MB Kedah

Polis siasat pertengkaran libatkan pegawai MB Kedah

Tangkap layar video memaparkan suasana kecoh yang berlaku di perkarangan parkir di daerah Kota Setar, pada Ahad

ALOR SETAR, 22 Oktober – Polis telah membuka dua kertas siasatan berhubung insiden pertengkaran melibatkan orang awam dengan seorang individu yang dipercayai pegawai Pejabat Menteri Besar Kedah, yang tular di media sosial, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Penolong Pesuruhjaya Polis, ACP Siti Nor Salawati Saad memaklumkan individu tersebut telah dipanggil untuk memberikan keterangan pada Isnin.

“Rakaman video tular menunjukkan beberapa individu terlibat dalam pertengkaran mulut dengan seorang lelaki yang duduk di tempat pemandu kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Siasatan mendapati kejadian berlaku sekitar pukul 11.50 malam Ahad lalu di daerah Kota Setar.

Kes pertama disiasat di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan, manakala kes kedua di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh merumitkan keadaan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....