Home Nasional Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota Setar dan Pokok Sena bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin / Foto RTM

POKOK SENA, 20 September – Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota Setar dan Pokok Sena bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Siti Nor Salawati Saad berkata sehingga kini tiada laporan kecurian atau pecah rumah diterima daripada penduduk yang terjejas akibat banjir di daerah tersebut.

\”Seramai 12 pegawai kanan dan 70 anggota polis telah ditugaskan untuk membantu operasi menyelamat, memindahkan penduduk, serta melakukan rondaan cegah jenayah dan Sekatan Jalan Raya (SJR) secara berkala di kawasan banjir.

“Rondaan cegah jenayah juga dilakukan menggunakan bot bagi memastikan kediaman mangsa selamat. Mangsa banjir tidak perlu bimbang kerana pihak polis sentiasa memantau kawasan yang ditinggalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada RTM selepas meninjau Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Hijau, Derang, di sini pada Khamis.

Siti Nor Salawati turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika memandu di kawasan yang ditenggelami air serta meminta ibu bapa memantau pergerakan anak-anak mereka bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....