Home Nasional Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan
Nasional

Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan

Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan

FOTO IPD KAJANG

KUALA LUMPUR, 22 Disember- Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang selepas menghadiri sesi latihan tarian singa di kawasan gelanggang bola keranjang Batu 11, Cheras pada 10.30 malam, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Yap Xin Yuan daripada keluarganya pada 2.15 pagi semalam.

“Remaja itu (Yap) sebelum itu dilaporkan telah pergi berlatih tarian singa. Selepas selesai latihan, dia dikatakan tidak terus balik ke rumah, sebaliknya mengikut rakannya ke satu destinasi yang belum dapat dipastikan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata Yap mempunyai ketinggian kira-kira 155 sentimeter, berat badan 39 kilogram, berbadan kurus dan menggunakan pendakap gigi selain berambut panjang serta memakai baju tarian singa warna merah.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat dimohon tampil ke balai polis berdekatan atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerusi talian 03-8911 4222, atau pegawai penyiasat Insp Muhammad Tasnim Mohamed Nor 014-6209960.- BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....