Home Nasional Polis Kelantan rekod kerugian RM1.55 juta akibat banjir
Nasional

Polis Kelantan rekod kerugian RM1.55 juta akibat banjir

Polis Kelantan rekod kerugian RM1.55 juta akibat banjir

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah / Foto RTM

PASIR MAS, 5 Disember – Polis Kelantan merekodkan kerugian awal sebanyak RM1.55 juta akibat banjir yang melanda negeri itu, melibatkan kerosakan pada balai polis, pondok, kenderaan, dan peralatan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata kerugian itu merangkumi 10 balai, empat pondok, dan satu pos Pasukan Gerakan Am (PGA) yang terjejas sehingga tidak dapat beroperasi.

“Ketika ini, berdasarkan laporan Ketua Polis Negeri, kerugian awal yang dialami adalah sebanyak RM1.55 juta. Bagaimanapun, ini hanya anggaran awal dan jumlah sebenar akan diketahui setelah semua laporan diterima,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan kerja ke Pos Kawalan Operasi Bencana Banjir PDRM di Balai Polis Repek, di sini.

Walaupun beberapa balai dan pondok polis terjejas, beliau memberi jaminan bahawa tahap kawalan keselamatan di negeri itu tetap terjamin.

Dalam pada itu, kementerian turut menggerakkan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di seluruh negeri bagi membantu melancarkan proses pascabanjir di Kelantan.

“RELA juga akan bekerjasama dengan agensi penyelamat lain bagi memastikan operasi bantuan dan pemulihan berjalan lancar,” tambahnya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....