Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Polis cari kanak-kanak lima tahun hilang di pusat beli-belah
Nasional

Polis cari kanak-kanak lima tahun hilang di pusat beli-belah

Polis cari kanak-kanak lima tahun hilang di pusat beli-belah

Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dilaporkan hilang ketika berada di sebuah pusat beli-belah, di Iskandar Puteri / Foto PDRM

ISKANDAR PUTERI, 22 Julai – Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dilaporkan hilang ketika berada di sebuah pusat beli-belah, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) M Kumarasan berkata Albertine Leo Jia Hui disedari hilang oleh bapanya kira-kira 8.30 malam.

Beliau berkata kanak-kanak berkenaan memakai baju T berwarna putih dengan gambar \’Mickey Mouse\’ di bahagian dada dan berseluar pendek.

\”Tinggi kanak-kanak itu lebih kurang 120 sentimeter, rambut panjang berwarna hitam, kulit cerah dan tubuh sederhana kurus,\” katanya menerusi kenyataan.

Kumarasan berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ridzuan Abd Hadi menerusi talian 017-7051097, hotline IPD Iskandar Puteri 019-2792095 atau Bilik Gerakan 07-2212999.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...