Thursday , 6 February 2025
Home Nasional PM umum imbuhan RM10,000 kepada pemain, jurulatih sepak takraw kebangsaan
Nasional

PM umum imbuhan RM10,000 kepada pemain, jurulatih sepak takraw kebangsaan

PM umum imbuhan RM10,000 kepada pemain, jurulatih sepak takraw kebangsaan

Foto facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 22 Julai– Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan imbuhan sebanyak RM10,000 untuk setiap pemain dan jurulatih pasukan sepak takraw kebangsaan susulan kejayaan pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw Tahun 2024, Mei lepas.

Perkara itu diumumkan Anwar semasa mengadakan pertemuan dengan pasukan kebangsaan selepas kejayaan mereka memenangi pingat emas dan merangkul gelaran juara berganda dalam kejohanan tersebut.

“Sekalung tahniah dan penghargaan tertinggi buat seluruh anggota pasukan sepak takraw kebangsaan yang telah mengharumkan nama negara serta melonjakkan imej serta standard sukan sepak takraw kebangsaan di persada dunia,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Anwar berkata dalam pertemuan itu beliau turut membincangkan beberapa perkara termasuk keperluan mewujudkan stadium sepak takraw negara, status sukan sepak takraw sebagai sukan bukan teras, peluang melanjutkan pelajaran serta kerjaya dan kebajikan atlet sepak takraw.

Pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang berlangsung di di Stadium Titiwangsa di sini, skuad sepak takraw kebangsaan mencipta sejarah menamatkan penguasaan Thailand selepas menewaskan mereka pada perlawanan akhir acara regu dan double masing-masing dengan keputusan 2-0.

Bagaimanapun, penantian 33 tahun skuad sepak takraw negara untuk muncul juara acara regu berpasukan pula terus berpanjangan selepas tewas kepada Thailand 1-2 dalam aksi final.- BERNAMA

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...