Home Nasional PM ucap takziah kepada Sheikh Al-Azhar
Nasional

PM ucap takziah kepada Sheikh Al-Azhar

PM ucap takziah kepada Sheikh Al-Azhar

Foto facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada Imam BesarAl-Azhar Al-Sharif(Sheikh Al-Azhar)Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyebatas pemergian kakaknya, Samiha Mohammed Ahmad Al-Tayyeb.

Beliau menerusi hantaran di Facebook turut mendoakan agar allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, selain mengurniakan kesabaran dan kekuatan kepada keluarga Profesor Dr Ahmad.

Terdahulu, menerusi lawatan rasmi selama empat hari di Mesir, Perdana Menteri sempat mengadakan pertemuan bersama Profesor Dr Ahmad.

Pertemuan itu diadakan selepas beliau bertemu dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi di Al-Ittihadiya.

Dalam perbincangan bersama, Datuk Seri Anwar memaklumkan mengenai cadangan memorandum persefahaman (MoU) untuk memperkukuh kerjasama menerusi program Sains Islam (Ulum Islamiah) antara Kementerian Pendidikan Tinggi dan Al-Azhar Al-Sharif.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....