Home Nasional PM ucap tahniah kepada finalis Pingat Pendidikan Asia 2024
Nasional

PM ucap tahniah kepada finalis Pingat Pendidikan Asia 2024

PM ucap tahniah kepada finalis Pingat Pendidikan Asia 2024

Shahnaz Al-Sadat

KUALA LUMPUR, 7 Ogos– Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepadaPengerusi LeapEd Services Sdn Bhd Shahnaz Al-Sadat yang tercalon sebagai 10 finalis bagi Pingat Pendidikan Asia 2024.

“Moga pencapaian ini membakar semangat saudari dan juga warga pendidik lain agar terus memartabatkan serta memajukan lagi sistem pendidikan di Malaysia,” kata beliau menerusi ciapan diX hari ini.

Menerusi semakan di laman sesawang leapedservices.com, LeapEd Services Sdn Bhd, yang diterajui Shahnaz, adalahperusahaan sosial dengan memberi tumpuan kepada program transformasi pendidikan yang selari dengan Pelan PembangunanPendidikan Malaysia 2013-2025 dan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sementara itu, laman sesawang t4.education/world-education-medals memaklumkan bahawa Asia Education Medal adalah antara tiga daripada Pingat Pendidikan Dunia yang diasaskan oleh T4 Education danHP.

Dua lagi anugerah ialah Pingat Pendidikan AfrikadanPingat Pendidikan LatAm.

“Ia meraikan pemimpin dari semua bahagian di benua itu yang berusaha setiap hari untuk memberikan peluang yang layak mereka peroleh kepada generasi akan datang melalui pendidikan terbaik,” menurut laman sesawang itu.- BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....