Monday , 17 February 2025
Home Nasional PM tiba di Vladivostok, mulakan lawatan kerja ke Rusia
Nasional

PM tiba di Vladivostok, mulakan lawatan kerja ke Rusia

PM tiba di Vladivostok, mulakan lawatan kerja ke Rusia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Vladivostok bagi memulakan lawatan kerja dua hari ke Rusia

VLADIVOSTOK, 4 September– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Vladivostok bagi memulakan lawatan kerja dua hari ke Rusia.

Kehadiran beliau bagi memenuhi jemputan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Pesawat khas membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Vladivostok sekitar 8.30 pagi waktu tempatan.

Menaiki pesawat sama ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Ketibaan disambut pegawai kanan Kementerian Luar Rusia dan Naib Gabenor Wilayah Primorskii.

Turut menyambut Perdana Menteri ialah Duta Besar Malaysia ke Rusia, Datuk Cheong Loon Lai.

Dalam rangka lawatan kali ini, Perdana Menteri dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia.

Datuk Seri Anwar turut dijangka menyampaikan ucapan dalam sesi plenari Forum Ekonomi Timur yang disertai lebih 40 negara.

Selain itu, beliau akan mengadakan pertemuan bersama beberapa pihak berkepentingan Rusia.

Ini merupakan lawatan sulung Datuk Seri Anwar ke negara itu sejak menjawat jawatan Perdana Menteri.

Rusia adalah rakan dagang kelapan terbesar Malaysia dalam kalangan negara-negara Eropah.

Tahun lepas, jumlah dagangan dua hala mencatatkan nilai RM14.22 bilion, iaitu 15.6 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Related Articles

99 murid di Klang sertai program gunting rambut percuma
Nasional

99 murid di Klang sertai program gunting rambut percuma

FOTO RTMKLANG, 16 Februari- Seramai 99 murid dan pelajar menyertai program gunting...

"Tingkat kefahaman agama dan budaya, demi keharmonian negara" – Aaron
Nasional

"Tingkat kefahaman agama dan budaya, demi keharmonian negara" – Aaron

Foto FB MenteriKUALA LUMPUR, 16 Februari– Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi...

Banjir: Sabah kekal 54 penduduk terjejas pagi ini
Nasional

Banjir: Sabah kekal 54 penduduk terjejas pagi ini

FOTO ARKIB RTMKUALA LUMPUR, 16 Februari- Penduduk terjejas banjir di Sabah kekal...

Arus deras halang laluan, 11 pendaki diselamatkan di Lata Perangin
Nasional

Arus deras halang laluan, 11 pendaki diselamatkan di Lata Perangin

FOTO BOMBA PERAKTANJUNG MALIM, 15 Februari- Empat kanak-kanak antara 11 individu yang...