Home Nasional PM tiba di Shanghai
Nasional

PM tiba di Shanghai

PM tiba di Shanghai

Foto Pejabat Perdana Menteri

SHANGHAI, 4 November – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini, bagi memulakan rangka lawatan kerja beliau ke China selama empat harihingga 7 November ini.

Lawatan itu bagi memenuhi jemputan Perdana Menteri Li Qiang agar Anwar menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China ke-7 (CIIE ke-7) di Shanghai yang merupakan hab kewangan global.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hongqiao Shanghai pada pukul 9.50 malam waktu tempatan.

Ketibaan Anwar disambut Duta Besar Malaysia di Beijing Datuk Norman Muhamad dan Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai Syed Farizal Aminy Syed Mohamad.

Turut menyambut ketibaan beliau, Timbalan Datuk Bandar Shanghai dan Setiausaha Parti Daerah Minhang iaitu Chen Yu Jian serta Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.

Esok, Perdana Menteri dijadual hadir dan seterusnya menyampaikan ucaptama dalam CIIE ke-7.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....