Home Nasional PM terima kunjungan hormat Pendakwa Raya ICC
Nasional

PM terima kunjungan hormat Pendakwa Raya ICC

PM terima kunjungan hormat Pendakwa Raya ICC

Foto facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 23 Julai– Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) Karim Khan.

Pada pertemuan tersebut Perdana Menteri dimaklumkan mengenai peranan ICC dan perkembangan isu-isu antarabangsa terutamanya di Palestin dan Myanmar.

Anwar turut menekankan bahawa Malaysia menuntut akauntabiliti atas segala jenayah kejam dari rejim Zionis Israel termasuk penganiayaan terhadap rakyat Palestin khususnya kanak-kanak.

\”Malah saya juga menggesa pihak ICC untuk mempercepatkan tindakan demi menegakkan keadilan bagi rakyat Palestin\”, katanya menerusi facebook.

Mengenai perihal isu Myanmar, beliau mengulangi kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan negara-negara ASEAN dalam mencari jalan penyelesaian.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....