Home Nasional PM tegaskan keselamatan siber kekal jadi keutamaan negara
Nasional

PM tegaskan keselamatan siber kekal jadi keutamaan negara

PM tegaskan keselamatan siber kekal jadi keutamaan negara

Foto hiasan/ BERNAMA

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keselamatan siber kekal menjadi keutamaan negara, mengambil kira dinamika ancaman siber yang semakin meningkat.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri menerusi Mesyuarat Keselamatan Siber Negara Bilangan 1/2025 yang dipengerusikan oleh beliau hari ini.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah memaklumkan mesyuarat itu membincangkan tiga isu berkaitan keselamatan siber.

\”Mesyuarat juga mengambil maklum dan berbincang mengenai tiga pembentangan berhubung perkara-perkara berikut, situasi semasa keselamatan siber negara di mana secara umumnya terdapat trend penurunan insiden keselamatan siber dari tahun 2023-2024.

\”Kedua, status pelaksanaan Akta Keselamatan Siber 2024 (Akta 854) di mana pelaksanaan akta ini terus diperkukuhkan melalui tambahan pelantikan Ketua Sektor Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII) dan pakar keselamatan siber.

\”Ketiga, penganjuran Cyber Games dan persidangan peringkat ASEAN anjuran bersama NACSA (Agensi Keselamatan Siber Negara), Council of Europe dan INTERPOL berhubung jenayah siber dipersetujui diadakan pada bulan Mei 2025.

Jelas beliau, kerajaan mempunyai keyakinan tinggi terhadap kepakaran dalam negara untuk berhadapan cabaran keselamatan siber.

Sehubungan itu, keupayaan agensi berkaitan dengan kerjasama pelbagai institusi pendidikan serta industri tempatan mampu memastikan negara sentiasa bersedia menghadapi ancaman siber semasa dan akan datang.

Tunku Nashrul Abaidah berkata demikian dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO), yang disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan PMO Malaysia hari ini.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...