Home Nasional PM sumbang 50 naskah al-Quran kepada Persatuan Islam Peru
Nasional

PM sumbang 50 naskah al-Quran kepada Persatuan Islam Peru

PM sumbang 50 naskah al-Quran kepada Persatuan Islam Peru

Foto PMO

LIMA, 15 NovemberPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan 50 naskah Al-Quran cetakan khas dan terjemahan dalam bahasa Sepanyol kepada komuniti Islam di sini.

Sumbangan ini disampaikan pada sesi pertemuan antara Datuk Seri Anwar dengan Persatuan Islam Peru diketuai Presidennya, Murad Hamida.

Antara yang dibincangkan dalam pertemuan selama 30 minit itu termasuk soal pembangunan umat Islam di Peru.

Persatuan itu turut memuji usaha Malaysia yang sentiasa di hadapan dalam memperjuangkan nasib saudara Islam di Palestin dan Lubnan yang ditindas rejim Zionis Israel.

Turut dibangkitkan adalah komitmen Malaysia dalam memudahkan urusan pensijilan halal serta membantu pendidikan Islam dan dakwah di kalangan komuniti Islam di Peru.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....