Home Nasional PM seru rakyat jadikan Aidilfitri titik tolak perpaduan
Nasional

PM seru rakyat jadikan Aidilfitri titik tolak perpaduan

PM seru rakyat jadikan Aidilfitri titik tolak perpaduan

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 31 Mac-Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia agar menjadikan Aidilfitri sebagai medan untuk terus memperkukuh perpaduan dan memperjuangkan keadilan bagi membela mereka yang teraniaya selaras dengan nilai diterapkan sepanjang bulan Ramadan.

Dalam kenyataan dimuat naik di Facebook rasmi beliau, Perdana Menteri menzahirkan kesyukuran atas keberkatan Ramadan yang menjadi madrasah ruhiyyah dalam mendidik jiwa, membentuk disiplin serta memperkukuh integriti.

\”Keinsafan yang lahir daripada Ramadan seharusnya membangkitkan rasa tanggungjawab untuk memperjuangkan keadilan dan membela mereka yang teraniaya,\” katanya.

Beliau menegaskan Islam menitikberatkan keadilan dan kebajikan sebagai asas kepada masyarakat yang harmoni.

Oleh itu, beliau mengajak rakyat agar terus memupuk rasa hormat antara satu sama lain, memperkukuh hubungan antara kaum dan agama serta menanam nilai ihsan dan kasih sayang dalam kehidupan bermasyarakat.

\”Tanpa nilai-nilai ini, kestabilan dan keamanan yang kita harapkan tidak akan dapat dipertahankan.,\” tambahnya.

Sempena sambutan Aidilfitri, Perdana Menteri turut menekankan kepentingan menjadikan hari kemenangan ini sebagai titik tolak untuk memperbaiki diri dan membentuk masyarakat yang lebih berakhlak, bertanggungjawab, dan berjiwa besar.

\”Hari kemenangan ini bukan sekadar penamat kepada Ramadan, tetapi satu permulaan untuk kita menjadi insan yang lebih baik dan lebih berwibawa,\” ujarnya.

Dalam kesempatan itu, beliau turut memohon kemaafan atas sebarang kekurangan dan berjanji untuk terus berusaha membawa kebaikan kepada semua.

\”Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia daripada saya dan keluarga. Semoga kita dikurniakan keberkatan, kebahagiaan dan kesejahteraan berpanjangan, Insya-Allah,\” katanya.

Related Articles

Kebakaran saluran paip gas: KPKT kaji mekanisme bantu mangsa
Nasional

Kebakaran saluran paip gas: KPKT kaji mekanisme bantu mangsa

Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan, Nga kor Ming / Foto BERNAMAKUALA LUMPUR,...

Kebakaran saluran paip gas: 20 agensi mula siasatan pagi ini
Nasional

Kebakaran saluran paip gas: 20 agensi mula siasatan pagi ini

FOTO BERNAMASUBANG JAYA, 2 April- Sebanyak 20 agensi akan memulakan siasatan dan...

Parlimen Puchong salur RM1,000 kepada mangsa kebakaran Putra Heights
Nasional

Parlimen Puchong salur RM1,000 kepada mangsa kebakaran Putra Heights

FOTO FACEBOOK Yeo Bee Yin(杨美盈) PUCHONG, 2 April- Bantuan tunai sebanyak RM1,000...

HSA sasar kumpul 7,200 beg darah
Nasional

HSA sasar kumpul 7,200 beg darah

Foto BERNAMAJOHOR BAHRU, 2 April-Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor...