Home Nasional PM serah al-Quran cetakan khas kepada komuniti Islam Brazil
Nasional

PM serah al-Quran cetakan khas kepada komuniti Islam Brazil

PM serah al-Quran cetakan khas kepada komuniti Islam Brazil

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 18 November- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan senaskhah al-Quran cetakan khas dan 10 naskhah terjemahan dalam bahasa Portugis kepada komuniti Islam di Brazil.

Sumbangan itu dibuat dalam rangka lawatan rasmi beliau ke negara tersebut yang dimulakan dengan sesi diskusi santai bersama komuniti Islam di Rio de Janeiro.

Dalam pertemuan itu, Anwar membincangkan pelbagai isu berkaitan pembangunan ummah dan menegaskan komitmen Malaysia untuk membantu urusan halal serta memperkukuh pendidikan dan dakwah.

\”Saya ingin menegaskan komitmen Malaysia dalam membantu urusan halal serta memperkukuh pendidikan dan dakwah di sini,\” katanya menerusi Facebook beliau.

Beliau juga memaklumkan bahawa Malaysia akan menggerakkan usaha untuk menyokong aktiviti Masjid Luz, satu-satunya masjid di bandar tersebut.

\”Kita akan menggerakkan usaha membantu aktiviti masjid ini agar ia terus menjadi pusat ibadah dan komuniti yang berfungsi dengan baik,\” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....