Home Nasional PM santuni pelajar di Wisma Seri Mutiara
Nasional

PM santuni pelajar di Wisma Seri Mutiara

PM santuni pelajar di Wisma Seri Mutiara

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KAHERAH, 11 November– Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan mengadakan kunjungan singkat ke Wisma Seri Mutiara iaitu bangunan asrama buat anak-anak pelajar Pulau Pinang yang menuntut di Universiti Al-Azhar Al-Sharif.

\”Alhamdulillah saya dapat menyantuni anak-anak yang belajar di sini, selain menitipkan pesan kepada mereka agar dapat menuntut ilmu dengan baik dan menjaga nama Malaysia\”, katanya menerusi catatan di facebook.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar turut menyaksikan penyerahan dana peruntukan bernilai RM780,000 oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) kepada wakil Kedutaan Malaysia di Kaherah.

Dana tersebut diperuntukkan bagi proses penambahbaikan dan penyelenggaraan asrama lama Wisma Seri Pinang yang terletak bersebelahan bangunan baharu.

Perdana Menteri mengadakan lawatan rasmi ke Mesir atas jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....