Home Nasional PM rasmi program 2TM, hari ini
Nasional

PM rasmi program 2TM, hari ini

PM rasmi program 2TM, hari ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 23 November – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut atur cara, Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan \’MADANI di Hati, Rakyat Disantuni\’ itu pada 11 pagi, disusuli sesi \’town hall’ atau dialog awam dan Deklarasi Kuala Lumpur-Tekad Bersama Perkhidmatan Awam Malaysia.

Turut dijadual hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 yang berlangsung dua hari bermula hari ini, antara lain melibatkan beberapa sesi wacana daripada wakil kerajaan dan swasta serta ahli akademik meliputi topik seperti merakyatkan perkhidmatan awam dan reformasi tatakelola dalam perkhidmatan awam.

Sementara itu, penganjuran program 2TM di reruai semua kementerian akan terus berjalan serentak termasuk kaunter bayaran saman dengan diskaun hingga 60 peratus oleh Polis Diraja Malaysia, penukaran topi keledar baharu bagi menggantikan yang lama atau rosak serta penukaran al-Quran rosak, lama atau tiada perakuan Kementerian Dalam Negeri.

Turut berlangsung Jualan MADANI, karnival kerjaya serta karnival Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pemeriksaan kesihatan, kaunter perkhidmatan veteran Angkatan Tentera Malaysia, aktiviti e-sukan, penerangan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) serta \’pocket talk\’ dan \’kuiz kahoot\’.

Program 2TM berlangsung tiga hari bermula semalam manakala Majis Penutup Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 dijadual disempurnakan Ketua Setiausaha Negara pada Ahad. – BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....