Home Nasional PM nafi tuduhan kerajaan halang perbincangan 3R
Nasional

PM nafi tuduhan kerajaan halang perbincangan 3R

PM nafi tuduhan kerajaan halang perbincangan 3R

Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 9 September- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan tuduhan pembangkang yang mendakwa kerajaan menghalang perbincangan mengenai 3R (kaum, agama, raja).

Beliau menegaskan kerajaan hanya menyekat elemen hasutan yang boleh mengancam keharmonian negara.

\”Itu tidak betul. Bicara soal agama, kaum atau rasa tidak puas hati diizinkan… yang tidak diizinkan adalah hasutan,\” katanya.

Anwar turut menyatakan bahawa institusi beraja tidak wajar diheret dalam kancah politik.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) juga diingatkan agar menjelaskan isu-isu kepentingan umum termasuk ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan Statut Rom.

Beliau bercakap demikian semasa berucap pada sambutan Hari Suhakam ke-25, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan Pengerusi Suhakam Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....