Home Nasional PM mahu Petronas, Petros sokong pertumbuhan bersama
Nasional

PM mahu Petronas, Petros sokong pertumbuhan bersama

PM mahu Petronas, Petros sokong pertumbuhan bersama

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim

SUBANG, 21 Disember- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) saling menyokong untuk berkembang dalam industri minyak dan gas.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata penting untuk Petronas diiktiraf sebagai sebuah badan nasional dan semua obligasi kontraknya dihormati tanpa sebarang kompromi.

\”Petronas juga perlu menyokong Petros dan membolehkannya menjadi pemain yang penting,\” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Anwar turut menyifatkan perbincangan beliau dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai amat baik.

\”Kami (kedua-dua pihak) mahukan penyelesaian yang baik mengenai isu ini,\” kata beliau sebagai respons kepada perbincangan mengenai pengagihan gas antara Petronas dan Petros.

BERITA BERKAITAN

  • Pengagihan gas PETRONAS-PETROS capai kesepakatan – PM
  • Penguasaan tunggal Petros dalam jualan gas bakal tingkat pendapatan negeri
  • Petros-Petronas masih dalam perbincangan laksana DGO

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....