Home Nasional PM mahu pembangunan semula Pasar Dato Keramat diberi perhatian
Nasional

PM mahu pembangunan semula Pasar Dato Keramat diberi perhatian

PM mahu pembangunan semula Pasar Dato Keramat diberi perhatian

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama pelanggan ketika membuat lawatan ke gerai-gerai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Medan Selera Jalan Raja Muda Abdul Aziz hari ini / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 Julai- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pembangunan semula Pasar Dato Keramat diberi perhatian dan keutamaan.

Beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada kepada Menteri Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh.

\”Jadi pasar Datuk Keramat ni saya tengok memang masalahnya dulu daripada rakya beri kepada syarikat swasta gagal, jadi bandaraya baru ambil balik. Saya fikir kena bagi perhatian kerana keaadaannya sangat daif,\”katanya.

Beliau berkata ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Ibnu Mas’ud, Jalan Damai hari ini.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar meluangkan masa melawat medan selera DBKL Jalan Raja Muda Abdul Aziz, sebelum menikmati sajian makan tengah hari hari di situ.

Beliau yang tiba kira-kira pukul 12.15 tengah hari disambut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehawal Agama), Datuk Dr Mohd Nai\’im Mokhtar dan Menteri Wilayah Persekutuan, Dr. Zaliha Mustafa.

Beliau kemudiannya menunaikan solat Jumaat di Masjid Ibnu Mas\’ud, Kampung Datuk Keramat bersama lebih 1,500 jemaah.

Usai menunaikan solat, Perdana Menteri sempat beramah mesra bersama penduduk sekitar.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....