Home Nasional PM luluskan pembesaran Lapangan Terbang Miri
Nasional

PM luluskan pembesaran Lapangan Terbang Miri

PM luluskan pembesaran Lapangan Terbang Miri

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim

MIRI, 28 September- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju supaya Lapangan Terbang Miri terus diperbesar susulan peningkatan jumlah penumpang yang menggunakannya.

Beliau berkata kadar pertumbuhan jumlah pengguna lapangan terbang itu meningkat hampir 90 peratus berbanding tahun lepas dan ini mewajarkan keperluan untuk meningkatkan lagi infrastruktur berkenaan.

\”Saya setuju untuk beri perhatian dan dapat juga maklumat daripada Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Kementerian Kewangan. Pada malam ini, wajar saya umumkan bahawa projek pembesaran Lapangan Terbang Miri itu kita luluskan,\” katanya.

Berucap pada majlis jamuan negeri di sini malam ini sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Sarawak, Anwar berkata situasi lapangan terbang di sini mengingatkannya dengan keadaan Lapangan Terbang di Sabah.

\”Lapangan Terbang Tuaran dianggap kecil dan tidak termasuk dalam senarai keutamaan tetapi sekarang sudah menjadi tarikan pelancong dari Korea, Jepun dan Cina maka ia terpaksa diperbesar dengan segera,\” katanya.

Turut hadir Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar serta beberapa menteri Persekutuan dan Negeri.

Petang tadi, Perdana Menteri merasmikan Program MADANI Rakyat (PMR) 2024 Sarawakku Sayang di pekarangan sebuah pusat membeli-belah terkemuka di sini.

Program itu dianjurkan oleh Pejabat Perdana Menteri menerusi kerjasama strategik Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air selaku kementerian peneraju serta Kerajaan Negeri Sarawak selaku tuan rumah.

Esok, Anwar dijadualkan ke Kapit di mana beliau akan meninjau beberapa projek infrastruktur Persekutuan dan menghadiri majlis ramah mesra bersama penduduk di bandar Kapit serta sebuah rumah panjang berdekatan. -BERNAMA

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...