Home Nasional PM jumpa pemimpin EU, perkukuh kerjasama
Nasional

PM jumpa pemimpin EU, perkukuh kerjasama

PM jumpa pemimpin EU, perkukuh kerjasama

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Presiden Majlis Eropah, Antonio Costa / Foto BERNAMA

BRUSSELS, 20 Januari-Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Kesatuan Eropah (EU) di Bangunan Europa di Brussels, di sini.

Anwar, yang dalam lawatan kerja dua hari ke Belgium, bertemu dengan Wakil Tinggi EU bagi Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan yang juga Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Kaja Kallas.

Fokus utama perbincangan melibatkan Ekonomi, kelestarian dan pendidikan selain perdagangan dan pelaburan.

Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut menyuarakan mengenai kerjasama antara Malaysia dan Kesatuan Eropah (MEUPCA) dan Peraturan EU Bebas Penebangan Hutan (EUDR),

Beliau kemudiannya mengadakan pertemuan empat mata dengan Pengerusi Majlis Eropah, Antonio Costa.

Selaku Pengerusi ASEAN 2025, Perdana Menteri turut mengambil peluang untuk mengetengahkan keutamaan Malaysia dalam hala tuju kepengerusian Malaysia.

Turut disuarakan mengenai isi gencatan senjata di Palestin.

Perdana Menteri dan delegasi kemudiannya menghadiri jamuan makan tengahari, dihoskan Antonio Costa.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....