Home Nasional PM Jepun batal lawatan ke Asia Tengah, Mongolia berhubung nasihat gempa bumi besar
Nasional

PM Jepun batal lawatan ke Asia Tengah, Mongolia berhubung nasihat gempa bumi besar

PM Jepun batal lawatan ke Asia Tengah, Mongolia berhubung nasihat gempa bumi besar

Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida/ REUTERS

TOKYO, 9 Ogos– Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida pada Jumaat membatalkan lawatan empat hari yang dirancang ke Kazakhstan, Uzbekistan dan Mongolia, selepas agensi meteorologi mengeluarkan amaran risiko potensi gempa bumi besar di kawasan luas Pasifik yang merentangi dari barat daya hingga tengah Jepun telah meningkat.

Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan nasihat pertama untuk kawasan sekitar Palung Nankai beberapa jam selepas gempa bumi berukuran 7.1 magnitud melanda barat daya negara itu pada Khamis.

Berita Kyodo melaporkan Kishida berkata pada sidang media selepas menghadiri upacara keamanan di Nagasaki yang menandakan ulang tahun ke-79 pengeboman atom oleh Amerika Syarikat (AS), bahawa beliau membatalkan lawatan luar negara untuk memberi tumpuan kepada tindak balas kerajaan dan penyebaran maklumat mengenai potensi gempa bumi besar.

\”Sebagai pegawai tertinggi yang bertanggungjawab dalam pengurusan krisis negara, sebagai langkah berjaga-jaga tambahan, saya harus kekal di Jepun sekurang-kurangnya selama seminggu,\” sambil agensi cuaca menyeru orang ramai untuk bersiap sedia menghadapi senario sedemikian, tambah Kishida.

Kishida dijadualkan menghadiri sidang kemuncak pertama Jepun dengan negara Asia Tengah — Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan — di Astana, ibu negara Kazakhstan, pada malam Jumaat.

Di ibu negara Mongolia, Ulaanbaatar pada Isnin, pemimpin Jepun itu dijadualkan bertemu dengan Presiden negara itu Ukhnaa Khurelsukh dan Perdana Menteri Luvsannamsrai Oyun-Erdene.- BERNAMA-KYODO

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....