KUANTAN 3 MEI – Keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap masalah yang dihadapi rakyat di negara ini terus mendapat perhatian.
Terbaharu menerusi hantaran di Facebooknya, Datuk Seri Anwar menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban kos rawatan seorang kanak-kanak berusia dua tahun Ayyash Waseem Mohd Fuad yang menghidapi masalah jantung sejak lahir.
Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi kepada bapa kanak-kanak tersebut Mohd Fuad Abd Malek sewaktu menziarahi keluarga berkenaan di Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang.
Datuk Ahmad Farhan berkata, sumbangan itu merupakan tanda keprihatinan Perdana Menteri terhadap ujian yang perlu dilalui keluarga berkenaan.