Home Nasional PM hargai pandangan ulama Kelantan, tekankan perpaduan ummah
Nasional

PM hargai pandangan ulama Kelantan, tekankan perpaduan ummah

PM hargai pandangan ulama Kelantan, tekankan perpaduan ummah

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 11 Mac- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan oleh rombongan tuan guru dan alim ulama dari pondok serta madrasah di Kelantan di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Menerusi kenyataan di Facebook, Anwar memaklumkan bahawa pertemuan tersebut telah membuka ruang yang bermakna untuk bertukar pandangan mengenai pelbagai isu khususnya berkaitan perkembangan Islam dan pembangunan ummah.

Beliau turut menegaskan kepentingan memperkukuh dasar Islam dalam pendidikan serta beberapa usaha kerajaan dalam membina kekuatan dalaman umat Islam.

Perdana Menteri juga menzahirkan penghargaan terhadap pandangan dan nasihat yang dikemukakan oleh golongan agamawan berkenaan khususnya dalam soal pendidikan turath dan pemerkasaan institusi pondok di Malaysia.

\”Mereka menzahirkan kepentingan memperteguh semangat persaudaraan, memupuk kefahaman dan kasih sayang, serta menghindari kebencian,\” tambahnya.

Selain itu, Anwar turut menyambut baik saranan para ulama agar inisiatif Kerajaan MADANI dalam memperkukuh Islam diperhebatkan lagi.

\”Kami sependapat bahawa dalam banyak perkara, titik persamaan itu lebih besar daripada perbezaan,\” katanya sambil menekankan perkembangan komunikasi serta kerjasama yang semakin erat dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Beliau berharap pertemuan sebegini dapat diteruskan kerana ia menjadi platform bernilai dalam merangka usaha bersama demi kemaslahatan umat dan negara.

\”Buah fikiran dan nasihat para tuan guru amat saya hargai, dan saya percaya ia terpancar dari keikhlasan demi kesejahteraan rakyat dan negara,\” katanya.

Pertemuan itu diadakan susulan jemputan yang disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri selepas para ulama berkenaan menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini malam tadi.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...