Saturday , 7 December 2024
Home Nasional PM harap Sidang Kemuncak Arab-Islam capai sepakat isu Gaza
Nasional

PM harap Sidang Kemuncak Arab-Islam capai sepakat isu Gaza

PM harap Sidang Kemuncak Arab-Islam capai sepakat isu Gaza

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim

KAHERAH, 11 November- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Sidang Kemuncak Arab-Islam yang dijadualkan berlangsung di Riyadh, Arab Saudi hari ini dapat mencapai kata sepakat dalam kalangan negara Islam dengan fokus utama menyelesaikan konflik di Gaza, Palestin.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Mesir atas bantuan memudahkan Malaysia menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

\”Esok (hari ini), kita akan mengadakan mesyuarat tergempar negara-negara Islam dan Arab di Riyadh. Saya bersama Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi akan ke Riyadh untuk membincangkan perkembangan terkini di Gaza dan Palestin.

\”Saya mengucapkan terima kasih kepada Presiden Mesir dan Kerajaan Mesir atas bantuan luar biasa mereka yang memudahkan Malaysia menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat tertindas dan dizalimi di Gaza,\”katanya dalam ucapan beliau semasa sesi ceramah umum di hadapan lebih 1,500 pelajar Malaysiadi Pusat Persidangan Al-Azhar di sini malam tadi.

Perdana Menteri turut berterima kasih kepada Kerajaan Mesir kerana menghantar dua pesawat tentera ke Rafah bagi membawa mangsa perang ke Malaysia untuk menerima rawatan.

Sebelum berlepas ke Riyadh, Perdana Menteri dan delegasi menghadiri sesi meja bulat bersama kira-kira 60 pemimpin industri dan perniagaan meliputi pelbagai sektor yang berpusat di Mesir serta delegasi perniagaan Malaysia.

Perkara itu dimaklumkan Anwar menerusi perkongsian di Facebook beliau sebentar tadi.

Beliau menyatakan sesi tersebut turut dihadiri Menteri Pelaburan dan Perdagangan Antarabangsa Republik Arab Mesir, Hassan El Khatib dan dimanfaatkan untuk berinteraksi serta memberi keyakinan kepada mereka mengenai peluang pelaburan di Malaysia, selain penerokaan usahasama perniagaan dan perdagangan dengan syarikat di Malaysia.

Beberapa peluang dalam industri sawit, automotif, farmaseutikal dan produk perubatan, semikonduktor, sektor digital serta tenaga diperbaharui dibincangkan dalam sesi berkenaan.

\”Insya-Allah, berdasarkan polisi Kerajaan MADANI yang jelas serta angka dan penunjuk ekonomi Malaysia yang memberangsangkan, disamping pengiktirafan sebagai hab utama dalam bidang semikonduktor dan tenaga hijau di rantau Asia Tenggara, Malaysia mampu memacu pertumbuhan ke peringkat global,\” katanya.

Related Articles

PM dijadual rasmi Penang Silicon Design @5km+
Nasional

PM dijadual rasmi Penang Silicon Design @5km+

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMAGEORGE TOWN, 7 Disember– Perdana Menteri...

Banjir enam negeri beransur pulih
Nasional

Banjir enam negeri beransur pulih

FOTO BERNAMAKUALA LUMPUR, 7 Disember- Kemaskini jumlah penduduk terjejas banjir di enam...

300 penguat kuasa KPDN sertai Skuad Ihsan MADANI
Nasional

300 penguat kuasa KPDN sertai Skuad Ihsan MADANI

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd...

YAPEIM sumbang RM50,000 bantu pengamal media dan penggiat seni tempatan
Nasional

YAPEIM sumbang RM50,000 bantu pengamal media dan penggiat seni tempatan

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 7 Disember- Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menyalurkan...