Home Nasional PM dijadual rasmi Penang Silicon Design @5km+
Nasional

PM dijadual rasmi Penang Silicon Design @5km+

PM dijadual rasmi Penang Silicon Design @5km+

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

GEORGE TOWN, 7 Disember– Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan inisiatif baharu \’Penang Silicon Design @5km+\’, yang bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi menerusi pembangunan industri reka bentuk litar bersepadu (IC) di Pulau Pinang, selaras dengan Pelan Strategik Semikonduktor Kebangsaan (NSS).

Anwar yang juga Menteri Kewangan akan turut melancarkan GBS TechSpace sebagai Pusat Penyelidikan dan Inkubasi Silikon yang merupakan antara komponen utama inisiatif berkenaan, pada majlis perasmian di Bayan Lepas di sini pada 9 pagi.

Majlis itu turut menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara InvestPenang dengan rakan-rakan strategik dan penerima insentif serta pengiktirafan pelabur-pelabur baharu Penang Silicon Design @5km+.

Penang Silicon Design @5km+ bertujuan antara lain, untuk mengekalkan kedudukan Pulau Pinang sebagai hab utama industri reka bentuk IC global, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia dalam ekosistem semikonduktor antarabangsa. Inisiatif ini juga merangkumi usaha membangunkan ekosistem dan infrastruktur sokongan yang kondusif serta dinamik, mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi, dan menarik pelaburan langsung asing (FDI).

Inisiatif transformasi oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini merangkumi tiga komponen utama, iaitu Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu (IC) dan Digital, Akademi Reka Bentuk Cip Pulau Pinang dan Pusat Penyelidikan dan Inkubasi Silikon.

Menurut InvestPenang, skim insentif turut diperkenalkan bagi menarik syarikat reka bentuk IC untuk menubuhkan dan mengembangkan operasi mereka di Pulau Pinang dengan subsidi sehingga RM2 juta setahun selama tiga tahun disediakan kepada syarikat reka bentuk IC tempatan dan asing yang memenuhi syarat ditetapkan.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow sebelum ini memaklumkan jumlah pelaburan untuk inisiatif Penang Silicon Design @5km+ diunjurkan mencecah RM120 juta dalam tempoh lima tahun akan datang, dengan kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM60 juta bagi memacu inisiatif tersebut.

Kini, sebanyak 28 firma tempatan dan asing yang terlibat dalam industri ciptaan litar bersepadu beroperasi di Pulau Pinang.

Selepas merasmikan Penang Silicon Design @5km+, Perdana Menteri akan meneruskan lawatan kerja di Pulau Mutiara itu dengan menghadiri Jualan Termurah MADANI di Jalan Kampung Masjid Timah, Permatang Pauh dan melawat CG Global Profastex Manufacturing Sdn.Bhd di Seberang Perai Tengah.

Beliau kemudian dijadual merasmikan Pameran Perdagangan Halal Antarabangsa Pulau Pinang di tempat letak kereta Gravitas, Jalan Baru, Perai dekat sini.- BERNAMA

Related Articles

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan KUALA LUMPUR, 27 April-...

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAMJOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala...

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong,...

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan...