Thursday , 6 February 2025
Home Nasional PM bakal bertemu Presiden Rusia bincang soal ekonomi
Nasional

PM bakal bertemu Presiden Rusia bincang soal ekonomi

PM bakal bertemu Presiden Rusia bincang soal ekonomi

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

PETALING JAYA, 2 Ogos– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin di Vladivostok, beberapa minggu lagi.

Beliau berkata pertemuan itu atas undangan Putin bagi membincangkan soal kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.

\”Beberapa minggu lagi saya akan ke Vladivostok di pinggir Rusia untuk menerima undangan Presiden Putin bagi berbincang soal kerjasama ekonomi.

\”Ini meletakkan kita sebagai antara negara yang pertahankan pendirian kita yang bebas, dan tidak mengambil sikap untuk bermusuh dengan sesiapa\”, katanya.

Beliau menegaskan prinsip Malaysia tetap jelas iaitu mempertahankan kebebasan, menolak kezaliman dan tidak mengizinkan mana-mana negara menghina dan membunuh rakyat yang tidak berdosa.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Perasmian Ibu Pejabat GXBank.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...