Thursday , 6 February 2025
Home Nasional PM Anwar ucap terima kasih kepada Muhamad Shah Firdaus, harap terus berjuang
Nasional

PM Anwar ucap terima kasih kepada Muhamad Shah Firdaus, harap terus berjuang

PM Anwar ucap terima kasih kepada Muhamad Shah Firdaus, harap terus berjuang

Pelumba berbasikal trek negara, Muhamad Shah Firdaus Sahrom/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 11 Ogos– Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada pelumba berbasikal trek negara Muhamad Shah Firdaus Sahrom, atas aksinya pada final acara keirin lelaki Sukan Olimpik Paris 2024, hari ini.

“Teruskan berjuang. Moga melakar kejayaan satu hari nanti,” katanya menerusi hantaran di X.

Muhamad Shah Firdaus disingkirkan pada final acara keirin lelaki Sukan Olimpik Paris 2024, meskipun menamatkan cabaran di kedudukan keempat, hari ini.

Pada aksi itu, atlet berusia 28 tahun berasal dari Muar itu yang sedang memecut untuk menuju garisan penamat, dirempuh pelumba Jepun Shinji Nakano yang menyebabkan pelumba Great Britain Jack Carlin hilang kawalan sekali gus terjatuh, semasa pusingan terakhir di Saint-Quentin-en-Yvelines National Velodrome.

Meskipun keputusan pada mulanya menunjukkan Muhammad Shah Firdaus menamatkan saingan pada kedudukan keempat, keputusan itu tiba-tiba berubah kepada disingkirkan (relegated) oleh laman sesawang rasmi temasya tersebut, menjadikan beliau tercampak ke kedudukan keenam.

Pingat emas acara itu milik pelumba Belanda Harry Lavraysen diikuti perak dan gangsa masing-masing milik Matthew Richardson dari Australia dan rakan senegaranya Matthew Glaetzer.

Malaysia secara rasmi menamatkan kempen Olimpik Paris dengan dua gangsa masing-masing menerusi perseorangan profesional lelaki negara Lee Zii Jia dan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam acara badminton. -BERNAMA

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...