Home Nasional PM Anwar tiba di Brunei untuk lawatan kerja dua hari
Nasional

PM Anwar tiba di Brunei untuk lawatan kerja dua hari

PM Anwar tiba di Brunei untuk lawatan kerja dua hari

Datuk Seri Anwar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 9.30 malam disambut oleh Kuasa Usaha Sementara Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Nur Ezira Mahadi/ Foto: FB Anwar Ibrahim

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Ogos -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini, malam ini untuk lawatan kerja bersempena Rundingan Pemimpin Tahunan kali ke-25 Malaysia dan Brunei, satu mekanisme peringkat tertinggi dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 9.30 malam disambut oleh Kuasa Usaha Sementara Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Nur Ezira Mahadi.

Turut menyambut ketibaan Anwar ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi II Brunei Dato Seri Setia Dr Awang Mohd Amin Liew Abdullah serta Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II Brunei Dato Seri Setia Erywan Pehin Datu Pekerma Jaya Mohd Yusof.

Esok, Perdana Menteri dijadual menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan mengadakan pertemuan empat mata di Istana Nurul Iman di sini.

Sultan Hassanal Bolkiah juga berkenan untuk menyaksikan bersama Anwar pemeteraian beberapa instrumen dua hala termasuk yang melibatkan sempadan darat.

Kementerian Luar Malaysia dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan semasa rundingan itu, kedua-dua pemimpin akan mengkaji semula kemajuan kerjasama dua hala serta isu yang tertunggak.

“Sebagai jiran rapat dan rakan kongsi di ASEAN, kedua-dua pemimpin akan turut bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

“Rundingan ini akan mengukuhkan lagi hubungan istimewa dan kerjasama pelbagai hala antara kedua-dua negara yang ditunjangi oleh institusi Kesultanan Melayu dan persamaan lain seperti budaya, bahasa dan warisan,” menurut kenyataan itu.

Pada 2023, Brunei adalah rakan perdagangan ke-30 terbesar Malaysia dan keenam terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN dengan jumlah dagangan RM9.31 bilion (US$2.04 bilion).

Related Articles

Pembangunan bakat anak Sarawak dukung hasrat kerajaan
Nasional

Pembangunan bakat anak Sarawak dukung hasrat kerajaan

Tan Sri Abang Johari Tun Openg/ Foto Unit Komunikasi Awam SarawakKUCHING, 2...

Lawatan kerja PM ke Pakistan, buka lembaran baharu hubungan dua hala
Nasional

Lawatan kerja PM ke Pakistan, buka lembaran baharu hubungan dua hala

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Datuk Mohammad Azhar Mazlan/ BERNAMAISLAMABAD, 1 Oktober-Lawatan...

Kecam serangan Israel, Menteri Agama saran buat solat hajat
Nasional

Kecam serangan Israel, Menteri Agama saran buat solat hajat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na\’im...

Proses evakuasi 15 warga Malaysia dari Lubnan
Nasional

Proses evakuasi 15 warga Malaysia dari Lubnan

Foto facebook Wisma PutraPUTRAJAYA, 1 Oktober– Kementerian Luar Negeri Malaysia melalui Kedutaan...