Home Nasional PM Anwar terima undangan ke persidangan khas OIC di Riyadh
Nasional

PM Anwar terima undangan ke persidangan khas OIC di Riyadh

Foto facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 1 November– Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau telah menerima undangan daripada Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman semalam, bagi menghadiri persidangan khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Riyadh.

Perdana Menteri bagaimanapun berkata beliau masih mempertimbangkan untuk menghadiri jemputan daripada Mohammed, yang juga Perdana Menteri Arab Saudi itu.

“Semalam Putera (Mahkota Arab Saudi) Mohammed bin Salman maklum ada persidangan khas OIC di Riyadh dan minta saya hadir, jadi saya jawab insya-Allah saya cuba.

“Tapi saya kata harus ada yang kuat sikit (tekanan) kalau tidak macam lemah. Tengok kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) apabila Israel menyerang Iran, mereka dengan kuat meminta Israel menghentikannya.

\”Kenyataan seterusnya, mereka memberi amaran kepada Iran agar tidak menyerang balas, ini apa perhubungan antarabangsa ini?

“Ada tak keadilan? Tiada. Ada tak kemanusiaan?,Tidak ada. Jadi, tidak ada keadilan, tidak ada kemanusiaan bagaimana kita boleh cakap pasal hubungan antarabangsa tanpa soal kemanusiaan dan keadilan?,” katanya dalam program Temu Anwar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Naib Canselor UPNM Lt Jen Datuk Mardzuki Muhammad.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata dunia harus memberikan tekanan lebih kuat bagi memastikan kekejaman dan kezaliman dapat dihentikan di Gaza, sekali gus dapat menegakkan keadilan dalam nilai kemanusiaan terutama kepada Palestin.

Beliau berkata walaupun ada pemimpin luar negara yang menasihatkan beliau untuk tidak terlalu ‘berkeras’ dalam isu Palestin, namun Anwar tetap dengan pendiriannya.

“Memang ada sahabat-sahabat saya nasihat, Anwar kita negara kecil jangan keras sangat. Saya kawan baik juga (dengan pemimpin luar), di Vientiane (Laos) saya jumpa Anthony Blinken (Setiausaha Negara Amerika Syarikat) satu jam.

“Bab pelaburan, bab Gaza dan Lubnan kita sebut. Amerika kata janganlah baik dengan Rusia, saya kata itu salah kamu jangan suruh kami pula. Kami negara merdeka berdaulat, kami buat keputusan untuk rakyat dan negara kami,” kata Anwar.- BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....