Home Nasional PM Anwar, Srettha lawat projek naik taraf jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok hari ini
Nasional

PM Anwar, Srettha lawat projek naik taraf jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok hari ini

PM Anwar, Srettha lawat projek naik taraf jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok hari ini

(Gambar fail/Facebook Anwar Ibrahim) Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Thailand, Srettha Thavisin melakukan lawatan kerja ke Sungai Golok, Thailand dan Rantau Panjang

NARATHIWAT, 3 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Thailand, Srettha Thavisin melakukan lawatan kerja ke Sungai Golok, Thailand dan Rantau Panjang hari ini.

Lawatan bertujuan menilai kemajuan projek menaik taraf jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok yang merupakan salah satu daripada inisiatif penyambungan sempadan utama antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri akan diiringi Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Nik Nazmi Nik Ahmad dan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Rombongan tiba di CIQ Sg Golok pukul 11.23 pagi (12.23 tengah hari waktu Malaysia).

Kedua-dua pemimpin negara itu akan mengadakan mesyuarat dua hala untuk membincangkan isu dua hala utama, termasuk isu sempadan tanah Malaysia-Thailand.

Inisiatif ketersambungan untuk memajukan pembangunan sosioekonomi di kawasan sempadan dan Proses Dialog Keamanan Selatan Thailand.

Lawatan itu membina momentum penglibatan kedua-dua pemimpin sebelum ini di Sadao, Thailand pada November lepas, mengesahkan komitmen Malaysia dan Thailand untuk mempromosikan hubungan manusia dengan rakyat dan meningkatkan aktiviti ekonomi di sepanjang utara Semenanjung Malaysia dan wilayah selatan Thailand.

Pada 2023, Thailand merupakan rakan dagangan keenam terbesar Malaysia di dunia dan kedua terbesar dalam kalangan Negara Anggota ASEAN, dengan jumlah perdagangan bernilai RM113.16 bilion.

Selepas selesai sesi taklimat, kedua-dua pemimpin utama berkenaan terus ke ICQS Rantau Panjang untuk bergambar sebelum bergerak ke Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas untuk majlis makan tengahari yang dihoskan Perdana Menteri.

Perdana Menteri kemudiannya dijadual ke Tunjong Kota Bharu untuk mengadakan lawatan Pemantauan projek pembangunan lembangan sungai bersepadu sungai Kelantan fasa 1.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....