Home Nasional PM Anwar simpati terhadap Trump, harap keadaan terkawal
Nasional

PM Anwar simpati terhadap Trump, harap keadaan terkawal

PM Anwar simpati terhadap Trump, harap keadaan terkawal

Anwar Ibrahim (dua kanan) pada sambutan Hari Peneroka Felda 2024 di MAEPS hari ini

SERDANG, 14 Julai– Tindakan membahayakan nyawa seseorang termasuk tokoh negara bukan jalan penyelesaian bagi menyelesaikan sesuatu isu atau rasa tidak puas hati.

Itu menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas mengenai insiden tembakan yang menyasarkan bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, semalam.

Anwar turut melahirkan rasa simpati terhadap Trump dan berharap semuanya dalam keadaan terkawal.

\”Apapun pendirian kita pada mana-mana tokoh, cara begini bukanlah penyelesaian. Kita simpati kepada Trump dan berharap keadaan terkawal,\” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Peneroka Felda 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang di sini, hari ini.

Terdahulu, Trump dilapor terkena tembakan pada bahagian telinga kanan semasa berrkempen di Pennysylvania, namun beliau mengesahkan dirinya dalam keadaan baik.

BERITA BERKAITAN

  • Trump cedera ditembak ketika kempen pilihan raya
  • Biden kutuk serangan tembak ketika Trump berkempen di Pennsylvania

Related Articles

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini
Nasional

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini

Pengeluaran mangga Harum Manis di Kedah pada tahun ini dijangka meningkat hampir...

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO
Nasional

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO

FOTO RTMKUANTAN, 20 April- Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah...

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia
Nasional

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / Foto Hiasan...

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara
Nasional

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara

Menteri Sumber Manusia Steven Sim (lima, kanan) bergambar kenangan bersama peserta pada...