Home Nasional PM Anwar bakal rasmi majlis pecah tanah pembinaan LRT laluan Mutiara Pulau Pinang
Nasional

PM Anwar bakal rasmi majlis pecah tanah pembinaan LRT laluan Mutiara Pulau Pinang

PM Anwar bakal rasmi majlis pecah tanah pembinaan LRT laluan Mutiara Pulau Pinang

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

GEORGE TOWN, 11 Januari – Pulau Pinang hari ini bakal menyaksikan satu lagi fasa penting dalam rangkaian mod pengangkutan negeri dengan perasmian pecah tanah projek pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Majlis perasmian itu akan berlangsung di Tapak Projek Bandar Sri Pinang di sini pada 11 pagi ini yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Projek LRT itu melibatkan jajaran bermula dari Pulau Silikon hingga ke Komtar, seterusnya menyeberang ke Penang Sentral, di Seberang Perai.

Pada Mac 2024, kerajaan Persekutuan secara rasmi mengambil alih projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang daripada kerajaan negeri dan keputusan itu dicapai susulan keputusan Jemaah Menteri yang meluluskan cadangan pembangunan projek berkenaan.

Kerajaan melantik MRT Corp iaitu syarikat 100 peratus milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) sebagai pemaju dan pemilik aset dengan pelaksanaan projek dibuat secara tender terbuka.

Sebelum ini, Chow menyifatkan pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara sebagai langkah permulaan dalam menyediakan rangkaian mod pengangkutan lebih efisien kepada penduduk negeri itu sekali gus membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang disebabkan peningkatan penggunaan kenderaan persendirian.

Selain itu, Perdana Menteri juga dijadual melawat Sekolah Menengah Persendirian Jit Sin di Bukit Mertajam sebelum merasmikan bangunan blok baharu KPJ Penang Specialist Hospital pada 2.45 petang ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan akan mengakhiri lawatan kerja di Pulau Mutiara dengan menghadiri Program Muhibbah MADANI anjuran Yayasan Muhibbah Malaysia di kawasan Majlis Bandaraya Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam. – BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....