Home Nasional PM akan bertemu keluarga mendiang Teoh Beng Hock minggu depan
Nasional

PM akan bertemu keluarga mendiang Teoh Beng Hock minggu depan

PM  akan bertemu keluarga mendiang Teoh Beng Hock minggu depan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal bertemu keluarga mendiang Teoh Beng Hock minggu depan.

Jelasnya, ketika ini beliau sedang sibuk berikutan beberapa program seperti Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perancangan untuk bertemu keluarga bekas Setiausaha Politik EXCO Selangor itu.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar memberi jaminan akan bertemu keluarga mendiang dalam masa terdekat.

Ia susulan sekumpulan aktivis yang menuntut keadilan atas kematian mendiang disekat daripada menghampiri bangunan Parlimen di ibu negara, Isnin lepas.

16 Julai 2009, Beng Hock ditemui meninggal dunia di tingkat lima di sebuah bangunan yang terletak di Shah Alam selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tingkat 14 bangunan sama.

Pada 21 Julai 2011, Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kematian Beng Hock memutuskan bahawa kematiannya akibat membunuh diri.

Pada 2014, Mahkamah Rayuan memutuskan kematian mendiang akibat tindakan menyalahi undang-undang oleh seorang atau beberapa orang yang tidak dikenali.

Related Articles

Operasi Bersepadu Mega: 100 barang luput, eksport tanpa kebenaran dirampas
Nasional

Operasi Bersepadu Mega: 100 barang luput, eksport tanpa kebenaran dirampas

Foto MBASALOR SETAR, 17 April-100 unit barang tarikh luput dan barang eksport...

Beaufort, Segamat masih dilanda banjir
Nasional

Beaufort, Segamat masih dilanda banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 17 April- Seramai 155 orang daripada 54 keluarga terjejas...

Menara KL ditutup sementara, urus tadbir diambil alih syarikat baharu
Nasional

Menara KL ditutup sementara, urus tadbir diambil alih syarikat baharu

FOTO HIASANPUTRAJAYA, 16 April- Menara Kuala Lumpur kini ditutup buat sementara waktu...

Presiden Xi Jinping diraikan dalam Majlis Makan Malam Rasmi di Seri Perdana
Nasional

Presiden Xi Jinping diraikan dalam Majlis Makan Malam Rasmi di Seri Perdana

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden China Xi Jinping menghadiri...