Home Nasional PM ajak rakyat nyatakan solidariti pada Himpunan Pembebasan Palestin esok
Nasional

PM ajak rakyat nyatakan solidariti pada Himpunan Pembebasan Palestin esok

PM ajak rakyat nyatakan solidariti pada Himpunan Pembebasan Palestin  esok

Foto: FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 3 Ogos– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama berhimpun bagi menzahirkan solidariti kepada rakyat Palestin pada Himpunan Pembebasan Palestin yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil esok.

“Insya-Allah esok kita bersama-sama nyatakan solidariti, sokongan dan dukungan berterusan kepada rakyat Palestin. Dari sungai ke segara, Palestin pasti merdeka!” katanya menerusi hantaran Facebook.

Himpunan yang dijadual bermula pada 6 petang itu bagi menyampaikan mesej kepada dunia bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, sekali gus menentang kekejaman rejim Zionis yang tidak berkesudahan.

Perdana Menteri, dijangka menyampaikan pidato pada acara kemuncak himpunan itu untuk menzahirkan sokongan terhadap perjuangan Palestin, bersama beberapa pemimpin lain.

Antara program yang diatur ialah Pidato Solidariti Palestin, solat maghrib berjemaah, sesi tayangan video khas dan diakhiri dengan doa Qunut Nazilah.

Terdahulu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata kira-kira 20,000 orang dijangka hadir pada perhimpunan itu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....