Home Nasional PLKN 3.0 bermula tahun depan dengan fasa asas di sekolah
Nasional

PLKN 3.0 bermula tahun depan dengan fasa asas di sekolah

PLKN 3.0 bermula tahun depan dengan fasa asas di sekolah

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul / Foto Bernama

PUTRAJAYA, 17 Oktober – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan bermula tahun depan dengan pelaksanaan fasa asas di peringkat sekolah terlebih dahulu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata fasa latihan asas itu akan mengandungi elemen jati diri, cinta negara, serta modul kenegaraan yang menekankan perpaduan.

\”Selain itu, latihan asas juga akan merangkumi elemen ketenteraan dan pengisian modul kenegaraan, termasuk pendedahan kepada politik Malaysia, peranan Dewan Rakyat, Dewan Negara, serta konsep Raja Berperlembagaan,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Makan Malam Amal Persekutuan Pengakap Malaysia 2024 di sini, malam tadi.

Tambah Johari, latihan tersebut akan bersifat intensif dan praktikal dengan tujuan melahirkan pemimpin negara yang berkualiti pada masa hadapan.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...