Home Nasional Pinjaman TEKUN Nasional, lebih RM37 juta untuk lebih 2,000 usahawan Kelantan
Nasional

Pinjaman TEKUN Nasional, lebih RM37 juta untuk lebih 2,000 usahawan Kelantan

Pinjaman TEKUN Nasional, lebih RM37 juta untuk lebih 2,000 usahawan Kelantan

Pengerusi TEKUN Nasional, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid

GUA MUSANG, 11 Ogos – TEKUN Nasional telah menyalurkan pembiayaan perniagaan berjumlah lebih RM37 juta kepada lebih 2,000 usahawan di Kelantan bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Pengerusi TEKUN Nasional, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada peruntukan berjumlah RM48 juta yang disediakan untuk Kelantan tahun ini.

Beliau berkata, penyaluran bantuan kewangan kepada usahawan mikro itu melibatkan pelbagai jenis skim pembiayaan perniagaan bernilai antara RM1,000 hingga RM100,000.

\”Bukan bermaksud kita kata RM48 juta itu maksimun kita boleh pergi tidak, RM48 juta itu minimun yang pihak pengurusan dan anggota TEKUN di Kelantan ini perlu lakukan.

\”Saya yakin ianya melepasi lebih daripada itu kerana di Kelantan ini majoriti melayu di Kelantan, Terengganu ini memonopoli bidang keusahawanan,\” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Perjumpaan Usahawan di Kampung Jerek, di sini.

Kelantan merupakan antara negeri terbaik berdasarkan rekod bayaran balik pembiayaan dan ketika ini, terdapat hampir 15,000 usahawan TEKUN di negeri itu yang terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....