KUALA LUMPUR, 29 Julai– Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan 2004 dilihat positif dalammembenteras isu berkaitan penipuan dalam talian terutama membabitkan instrumen pembayaran di institusi kewangan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pindaan tersebut membolehkan dalang bagi kes berkenaan berdepan hukuman lebih berat melalui tindakan mengikut peruntukan baharu.
Contohnya, melalui Seksyen 116D Kanun Tatacara Jenayah, beliau menjelaskan pegawai polis berkuasa merampas atau menyekat urusan berkaitan transaksi kewangan
\”Dengan adanya sekarang pindaan, kita selamatkan dulu yang itu. Jadi tidak boleh lagi penipuan atau \’scammer\’ ini dapat akses untuk tujuan menyalahgunakan pengeluaran wang bagi tujuan penipuan, ini pindaannya.
\”Dengan kelebihan ini, kita yakin bahawa usaha untuk membenteras jenayah dalam talian ini mampu dikurangkan, walaupun kita tidak atasi sepenuhnya\”, katanya semasa menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Juhanis Abd Aziz di Parlimen.
Sebelum ini, Dewan Rakyat meluluskan RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 yang bertujuan dengan maksud penipuan membabitkan transaksi kewangan.
Sementara itu, Dewan turut dimaklumkan, mangsa yang terlibat dalam penipuan scammer juga akan dikembalikan wang mereka. Namun, penyaluran wang balik, mengikut proses dan jangka masa yang ditetapkan.
\”Mangsa akan dapat balik wang dia dalam tempoh julat masa tiga hingga enam bulan. Kita \’parking\’ dulu sementara kes itu dibawa ke mahkamah, duit yang kita selamatkan, yang kita parking akaun dia, tapi jangan guna dahulu, sekurang-kurangnya tiada lagi layer, kita elak layer dimana duit itu berpindah… berpindah.
\”Kanun 413 adalah seksyen yang polis guna pakai untuk mengembalikan semula wang kepada mangsa secara sementara sehingga kes selesai di peringkat mahkamah. Jadi ada mekanisme itu dalam undang-undang sedia ada\”, katanya.
Dalam pada itu, Saifuddin memberi jaminan serta komitmen memastikan usaha kementeriannya secara berterusan dalam mengatasi isu berkaitan.