Home Nasional Pindaan Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Pindaan Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Pindaan Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 17 Oktober – Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini bakal tertumpu kepada sesi penggulungan perbahasan dan pengundian bagi Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 berkaitan kewarganegaraan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dijangka menggulung perbahasan rang undang-undang berkenaan.

Pindaan itu antara lain memperuntukkan hak sama kepada kanak-kanak yang lahir di luar Persekutuan dengan ibunya pada masa kelahiran itu seorang warganegara untuk memperoleh kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang, berbanding hanya jika bapanya seorang warganegara.

Rang undang-undang itu memerlukan sokongan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen untuk diluluskan di Dewan Rakyat.

Seramai 59 Ahli Parlimen mengambil bahagian pada sesi perbahasan rang undang-undang itu semalam.

Sementara itu, situasi keselamatan Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) di Lubnan susulan serangan tentera Israel turut dibincangkan di Dewan Rakyat.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, perkara itu dikemukakan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) kepada Menteri Pertahanan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Pada sesi sama, Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) bertanyakan Menteri Dalam Negeri berhubung usaha yang dilaksanakan bagi menangani kes kanak-kanak hilang yang dilaporkan semakin meningkat dan merekodkan hingga dua kes sehari.

Turut menarik perhatian, soalan Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) kepada Perdana Menteri pada sesi soal jawab lisan berhubung aktiviti persundalan, pergaduhan warga asing tanpa permit dan kebanjiran penjaja warga asing di ibu negara yang masih tidak berkurangan walaupun KL Strike Force telah diaktifkan. – BERNAMA

Related Articles

PM seru diaspora Malaysia hargai kemajuan teknologi dan kepakaran negara
Nasional

PM seru diaspora Malaysia hargai kemajuan teknologi dan kepakaran negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama para jemputan pada...

Pasar Payang ketengahkan makanan tradisional Terengganu sempena cuti sekolah
Nasional

Pasar Payang ketengahkan makanan tradisional Terengganu sempena cuti sekolah

Proses pembuatan keropok keringKUALA TERENGGANU, 18 Januari- Pasar Payang di sini mengetengahkan...

PM adakan lawatan kerja ke Belgium, perkukuh hubungan dua hala
Nasional

PM adakan lawatan kerja ke Belgium, perkukuh hubungan dua hala

Foto Hiasan / ReutersPUTRAJAYA, 18 Januari – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Malaysia-Jepun gerak kerjasama Asia Timur untuk pembangunan semula Gaza
Nasional

Malaysia-Jepun gerak kerjasama Asia Timur untuk pembangunan semula Gaza

Foto Hiasan / AFPLONDON, 18 Januari – Inisiatif pembangunan semula Gaza dianggarkan...