PULAU PINANG, 7 Disember – Expo Perdagangan Halal Antarabangsa Pulau Pinang (PIHEX) 2024 menerima sambutan memberangsangkan dengan penyertaan 200 pempamer industri halal dari seluruh negara.
Expo yang berlangsung selama empat hari di tapak parkir Gravitas, Perai, menjadi platform utama untuk memperluas rangkaian dan promosi produk ke peringkat global.
Rata-rata usahawan yang terlibat menyatakan bahawa sambutan pengunjung yang menggalakkan sepanjang tiga hari pertama expo telah membantu meningkatkan hasil jualan mereka.
\”Alhamdulillah, sambutan sangat baik. PIHEX bukan sahaja bantu kami dapat pelanggan terus, tetapi juga menambah rangkaian untuk mencari agen dan mempromosikan produk ke peringkat antarabangsa seperti China,\” kata Norizan Shafiee, salah seorang usahawan yang menyertai expo ini.
\”Sambutan Alhamdulillah sangat memberangsangkan, orang ramai hadir ke PIHEX. Ia membantu usahawan bukan sahaja melalui pelanggan walk-in, tetapi juga menambah rangkaian dan mencari agen baru, termasuk memperkenalkan produk ke pasaran global seperti China dan negara-negara lain,\” kata usahawan, Norizan Shafiee.
\”PIHEX penting kerana ia menggalakkan lebih ramai usahawan mikro untuk turut serta. Dengan penganjur dari luar negara, ini adalah peluang untuk mereka mempamerkan produk mereka kepada pasaran antarabangsa,\” kata Dr. Saw Lean Joo yang merupakan seorang usahawan.
\”Untuk memajukan produk halal, PIHEX banyak membantu dari segi networking. Pameran ini memberi peluang kepada usahawan mendekati agensi kerajaan dan mencari jalan untuk menembusi pasaran antarabangsa,\” kata Ghazali Mohd Ismail.
\”Alhamdulillah, selepas program ini, banyak pertanyaan diterima daripada pengusaha dalam dan luar negara. Mereka sangat berminat dengan produk pelancongan, terutamanya hasil seni dan produk unik dari Pulau Pinang,\” Datuk Alias Ali.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Expo Perdagangan Halal Antarabangsa Pulau Pinang (PIHEX) 2024 di sini hari ini.
Expo itu menerima penyertaan dari pelbagai sektro, termasuk usahawan tempatan, antarabangsa, pihak swasta dan industri.
PIHEX 2024 dijangka berakhir esok dengan harapan membuka lebih banyak peluang kepada usahawan untuk melebarkan sayap mereka ke pasaran global.