Home Nasional Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati, diperoleh di Terengganu
Nasional

Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati, diperoleh di Terengganu

Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati, diperoleh di Terengganu

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hanya akan membuat pembayaran wang tunai sebanyak lima peratus kepada kerajaan negeri Terengganu sekiranya petroleum didapati dan diperoleh di negeri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ini berdasarkan perjanjian pembayaran wang tunai yang telah ditandatangani antara Petronas dan kerajaan negeri Terengganu pada 22 Mac 1975 yang selaras dengan seksyen 4 Akta Kemajuan Petroleum (PDA).

Katanya, peruntukan PDA hendaklah dibaca bersama Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750] (TSA) yang menetapkan had laut wilayah negeri pada takat tiga batu nautika dari garis air surut.

“Oleh itu, sekiranya tiada petroleum didapati dan diperoleh dalam sempadan lebar laut wilayah negeri Terengganu setakat tiga batu nautika, tiada pembayaran wang tunai berdasarkan PDA dan perjanjian wang tunai perlu dibuat oleh Petronas.

“Persoalan sama ada TSA menjejaskan pemakaian PDA atau mana-mana surat cara dan perjanjian yang telah dibuat di bawahnya adalah tidak berbangkit,” katanya menerusi jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar (PN-Kemaman) yang ingin tahu sejauh mana Akta Laut Wilayah 2012 boleh membatalkan Akta 144, Surat Cara Pemberian Hak, Kuasa, Kebebasan dan Keistimewaan Berkenaan Petroleum 1975 dan Perjanjian Tambahan Petronas dan Negeri Terengganu 1987 dalam memberikan hak royalti petroleum kepada negeri Terengganu.

Azalina berkata kerajaan Persekutuan sentiasa memberikan peruntukan pembangunan kepada semua negeri termasuk Terengganu.

Related Articles

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan KUALA LUMPUR, 27 April-...

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAMJOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala...

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong,...

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan...