Home Nasional PETRA tetapkan strategi galakkan penggunaan tenaga boleh baharu negara
Nasional

PETRA tetapkan strategi galakkan penggunaan tenaga boleh baharu negara

PETRA tetapkan strategi galakkan penggunaan tenaga boleh baharu negara

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam (PETRA), Akmal Nasrullah Mohd Nasir

KUALA LUMPUR, 1 Ogos-Kerajaan menetapkan pelbagai strategi bagi menggalakkan penggunaan tenaga boleh baharu (TBB) sebagai sumber penjanaan bekalan elektrik utama di Malaysia.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam (PETRA), Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai program yang menyasarkan pengguna komersial dan industri.

\”Bagi kategori pengguna komersial dan industri, pemasangan sistem solar PV boleh dilakukan di bangunan dan premis mereka di bawah Program Net Energy Metering (NEM) NOVA.

\”Program ini membolehkan pengguna menjana bekalan elektrik TBB untuk kegunaan sendiri dan mengeksport lebihan tenaga kepada sistem grid sebagai kredit tenaga dan layak menikmati insentif pelepasan cukai di bawah skim Green Investment Tax Allowance\”,katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Lim Pay Hen mengenai usaha kerajaan menggalakkan penglibatan swasta dalam tenaga boleh diperbaharui dan sasaran kerajaan dalam jangka panjang.

Turut dilaksana Program Solar For Rakyat Incentive Scheme, Green Electricity Tariff Programme, Malaysia Green Attributes Trading Scheme, Corporate Green Power Programme dan juga Corporate Renewable Energy Supply Scheme bagi meningkatkan penggunaan serta akses kepada bekalan TBB tersebut.

Related Articles

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok
Nasional

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok

Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan...

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian
Nasional

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian

Foto Bomba Johor KOTA TINGGI, 22 Januari- Dua individu ditemukanlemas termasuk seorang...

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa
Nasional

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA DAVOS, 22 Januari- Dialog serta kolaborasi pragmatik,...

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA
Nasional

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA

Datuk Seri Anwar Ibrahim DAVOS, 22 Januari- Malaysia sedang meneroka peluang dengan...